Majestic Residence: Mentakrif semula bandar elegan

Majestic Residence: Mentakrif semula bandar elegan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJESTIC Residence, sebuah projek pegangan bebas serba moden oleh Majestic Gen, bersedia untuk mentakrifkan semula kehidupan mewah di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Menerusi reka bentuk inovatif dan pembangunannya yang berpusat di lokasi perdana, konsep kediaman serba mewah yang diketengahkan oleh Majestic Gen jelas membuktikan komitmen mereka untuk membangunkan kediaman yang bersesuaian dengan gaya hidup moden.

Majestic Residence mencapai kadar pengambilan mencecah 85 peratus, dengan kebanyakan unit yang ditawarkan sudah ditempah semasa majlis pelancarannya pada 21 dan 22 Oktober 2023.

Terletak secara strategik di pusat bandar Kuala Lumpur yang meriah, Majestic Residence terletak dalam jarak dekat dengan mercu tanda ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, Pavilion KL, dan TRX, dengan akses lancar ke jalan utama termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, dan AKLEH

Lokasi itu menjadikan hartanah ini menjanjikan peningkatan pulangan nilai ketara dan permintaan sewa yang kukuh, didorong oleh prospek pertumbuhan jangka panjang projek berkenaan.

Jangkaan bahawa Kuala Lumpur bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan utama di rantau ini juga menjadikan kepentingan strategik lokasi pusat ini tidak boleh dinafikan.

Antara keunikan Majestic Residence adalah kebolehcapaian dan ketenangan yang ditawarkan dalam lanskap bandar yang dinamik, selain turut melindungi residen dari hiruk pikuk kota dan kesesakan lalu lintas.

“Majestic Residence mempersonifikasikan gabungan unik gaya kontemporari dan estetika kompleks yang mengagumkan disamping menjadi epitome dua dunia hasil gabungan harmoni antara unsur moden dan elemen reka bentuk yang menawan dan menakjubkan.

“Unit-unit kediaman direka dengan penuh teliti bagi memenuhi keperluan profesional muda menerusi penawaran ruang kediaman yang boleh disesuaikan daripada rumah yang selesa hinggalah persekitaran work-from-home yang produktif.

Pembangunan ini turut memastikan penghuninya mempunyai akses mudah ke kawasan tumpuan, pusat perniagaan, kemudahan kesihatan, dan taman awam,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Pengarah Eksekutif Majestic Gen, Ta Wee Dher menjelaskan, pembangunan Syarikat membawakan gabungan harmoni antara tradisi dan inovasi; kecanggihan dan kesederhanaan.

“Ia berfungsi sebagai penjajaran vintaj yang memikat dan kehidupan kontemporari. Ia bukannya struktur tandus dan tidak bermaya; tetapi sebaliknya. Kami dengan teliti telah mereka bahagian luar menarik, yang menyembunyikan bahagian dalam yang penuh dengan kemesraan dan kepelbagaian,” katanya.

Majestic Residence menggabungkan pesona abadi dan gaya kontemporari, yang mencipta pengalaman hidup tersendiri menerusi reka bentuk elegan serta bergaya.

Pembangunan Majestic Residence merangkumi kawasan seluas 0.66 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM384 juta. Projek ini menawarkan pilihan susun atur teliti membabitkan 478 unit kediaman yang direka untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, kata beliau lagi.

“Ia ditawarkan pada harga bermula RM 596,000 menerusi pelbagai konfigurasi, daripada ruang kontemporari Jenis A berkeluasan 459 kaki persegi kepada kediaman lebih luas 654 kaki persegi untuk Jenis B,” katanya.

Majestic Residence bukan hanya sekadar kediaman; ia merupakan gabungan keselesaan dan kemewahan luar biasa, yang direka untuk memenuhi keperluan penduduk yang bijak.

Di sini, kemodenan dan tradisi bergabung untuk mewujudkan suasana yang meriah dan berkekalan untuk penduduk dan tetamu. Ia menawarkan kehidupan moden yang segar dan indah di Kuala Lumpur, dan memahat memori latar langit bandar yang tidak dapat dilupakan, selain mentakrifkan semula cara hidup kita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×