PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) yakin dapat mencapai sasaran jualan minimum 2023 sebanyak RM2.2 bilion selepas Kumpulan mencatat jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023. Jualan itu peningkatan sebanyak 14.4 peratus berbanding RM1.57 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. Berbekalkan baki bank dan tunai yang sihat bersama nisbah penggearan bersih yang rendah 0.13x, Kumpulan sedang giat berusaha untuk memperoleh lebih…










