KWSP naik taraf sistem selama empat hari

KWSP naik taraf sistem selama empat hari

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menjalankan penaikan taraf sistem selama empat hari bermula 17 hingga 20 November 2023 dengan matlamat meningkatkan kecekapan teknologi maklumat (IT) dan memperkukuh sistem KWSP bagi ketahanan jangka panjang.

Menurutnya, sepanjang gangguan sementara itu, perkhidmatan real-time dalam talian KWSP tidak akan tersedia.

“Dalam tempoh ini, ahli tidak akan dapat mengakses akaun KWSP mereka atau melakukan transaksi dalam talian. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP juga tidak dapat menerima panggilan sepanjang tempoh naik taraf ini.

“Cawangan-cawangan KWSP akan kekal beroperasi, walau bagaimanapun transaksi hanya akan lengkap selepas tempoh naik taraf selesai,” katanya dalam kenyataan.

KWSP berkata, ahli dan majikan digalakkan untuk merancang keperluan kewangan mereka sebelum proses naik taraf dijalankan dan hadir ke cawangan KWSP apabila sistem telah kembali tersedia pada 21 November 2023.

Katanya, semua transaksi atau permohonan yang tertangguh akan diproses selepas proses menaik taraf selesai.

“Walaupun penaikan taraf ini akan menyebabkan beberapa kesulitan, inisiatif ini akan menghasilkan infrastruktur yang lebih efisien dan kukuh dengan manfaat yang lebih besar.

“KWSP menghargai kerjasama ahli sepanjang tempoh menaik taraf ini dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan keupayaan yang lebih baik setelah proses menaik taraf ini selesai. Untuk maklumat dan bantuan, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya