KEENAKAN kuih sejuk beku yang terkenal dengan nama Sis Lea Uli-Uli Sayang semakin dikenali selepas lebih 10 tahun berada di pasaran.
Pemilik perniagaan kuih sejuk beku Jwan Delight itu, Jamaliah Md Yatim, 52, berkata, beliau memulakan perniagaan pada 2011 dengan mengeluarkan pelbagai menu pastri seperti kek, donut, roti dan sebagainya.
Menurutnya, dalam masa sehari, dia mampu menghasilkan lebih kurang 2,000 biji karipap sejuk beku.
“Sebelum ini saya ada pekerja tetapi selepas pandemik, saya mengusahakan perniagaan ini seorang sahaja. Jika ada pekerja mungkin keluaran produk akan bertambah sehingga 6,000 biji sehari.
“Sebelum ini, saya juga pernah menerima tempahan daripada Istana Anak Bukit untuk membuat tempahan kek sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-84 pada tahun 2011,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ujarnya, beliau bukan sahaja mengeluarkan kuih sejuk beku tetapi ada juga produk-produk lain seperti cili giling, agar-agar kering, kuah rojak dan sebagainya.
Jamaliah yang juga merupakan tenaga pengajar bagi kursus-kursus masakan terutamanya dalam pembuatan pastri berkata, beliau bukan sahaja usahawan makanan tetapi membuka peluang untuk ramai wanita-wanita berkecimpung dalam bidang sama.
“Selain usahawan, saya juga tenaga pengajar. Saya harap ilmu serta teknik-teknik yang saya turunkan dapat digunapakai dengan baik sekaligus membantu menjana pendapatan mereka,” katanya.
Katanya, sejak memulakan perniagaan pada tahun 2011, kerajaan negeri banyak membantu mengembangkan perniagaannya.
“Saya bersyukur diberi peluang menyertai program ini kerana bukan sahaja hasil jualan yang meningkat tetapi ilmu pemasaran yang diperoleh sangat berguna.
“Saya harap dengan bantuan kerajaan negeri ini, saya dapat mengembangkan lagi perniagaan ke tahap lebih besar,” katanya.

Jamaliah berkata, selepas menyertai program-program anjuran kerajaan negeri, hasil jualannya meningkat sebanyak 70 peratus.
“Sebagai contoh, sebelum ini, saya dapat lebih kurang RM800 sebulan tetapi kini saya dapat lebih kurang RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya.
Menurut Jamaliah, melalui program seperti E-Juwita, dia dapat menguasai teknik pemasaran secara dalam talian yang secara tidak langsung membantu meningkatkan jualannya.
“Melalui menyertai program ini, kami menerima peruntukan RM5,000 sama ada sebagau modal pusingan, memulakan perniagaan atau membeli peralatan perniagaan.
“Saya berhasrat untuk membeli mesin bagi meningkatkan penghasilan kuih dengan banyak dan cepat,” katanya.
Katanya, sejak menyertai program itu, hasil jualannya mencatat peningkatan ketara berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dalam masa sehari, dia mampu menghasilkan lebih kurang 2,000 biji karipap sejuk beku.
“Melalui menyertai program ini, kami menerima peruntukan RM5,000 sama ada sebagai modal pusingan, memulakan perniagaan atau membeli peralatan perniagaan.
“Saya berhasrat untuk membeli mesin bagi meningkatkan penghasilan kuih dengan banyak dan cepat,” katanya.
Katanya, sejak menyertai program itu, hasil jualannya mencatat peningkatan ketara berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dalam masa sehari, dia mampu menghasilkan lebih kurang 2,000 biji karipap sejuk beku.
“Melalui menyertai program ini, kami menerima peruntukan RM5,000 sama ada sebagai modal pusingan, memulakan perniagaan atau membeli peralatan perniagaan,” katanya. – UTUSAN










