PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluran Malaysia turun marginal 0.3 peratus pada Oktober 2023, selepas peningkatan 0.2 peratus pada bulan sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, sektor pembuatan turun sebanyak 0.7 peratus pada Oktober berbanding September – 0.8 peratus, membawa kepada penurunan dalam indeks keseluruhan bulan dilaporkan. Beliau berkata, subsektor yang menyebabkan penurunan adalah pembuatan kok dan produk petroleum bertapis…










