Hasil sektor perkhidmatan tumbuh 7.6% kepada RM584.0 bilion

Hasil sektor perkhidmatan tumbuh 7.6 peratus kepada RM584.0 bilion

PENGGABUNGAN Celcom dengan Digi dijangka memperhebat tawaran kepada penggunanya memandangkan kedua-dua jenama itu berada dalam segmen pasaran berbeza. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil sektor perkhidmatan tumbuh 7.6 peratus tahun ke tahun kepada RM584.0 bilion pada suku ketiga 2023 lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi tempoh berkenaan sektor e-dagang merekodkan pendapatan sebanyak RM289.5 bilion, tumbuh 5.4 peratus tahun ke tahun atau 3.2 peratus suku ke suku tahun.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan dirangsang oleh prestasi yang menggalakkan bagi semua segmen di bawah sektor berkenaan.

Beliau berkata, peningkatan ketara dicatatkan oleh segmen Perdagangan Borong dan Runcit; Makanan dan Minuman serta Penginapan yang meningkat RM28.7 bilion kepada RM446.6 bilion.

“Ini diikuti oleh segmen Maklumat dan Komunikasi dan Pengangkutan dan Penyimpanan (+RM7.2 bilion; 9.8 peratus), segmen

Profesional, Hartanah dan Pentadbiran dan Khidmat Sokongan (+RM3.1 bilion); 9.4 peratus) dan segmen Kesihatan Swasta, Pendidikan Swasta, Kesenian, Hiburan dan Rekreasi dan Perkhidmatan Persendirian dan Lain-lain Aktiviti (+RM2.2 bilion; 12.3 peratus),” katanya dalam laporan Prestasi Sektor Perkhidmatan dan Pendapatan E-Dagang Suku Tahun Ketiga 2023, semalam.

Mohd. Uzir berkata, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, jumlah hasil pada suku ketiga 2023 merekodkan kenaikan 2.8 peratus (+RM15.8 bilion) berbanding suku tahun sebelumnya.

Peningkatan turut didorong oleh segmen Perdagangan Borong dan Runcit; Makanan dan Minuman dan Penginapan yang meningkat 3.0 peratus (+RM13.1 bilion).

“Ini diikuti oleh segmen Maklumat dan Komunikasi dan Pengangkutan dan Penyimpanan (+RM1.1 bilion; 1.4%), segmen Kesihatan Swasta, Pendidikan Swasta, Kesenian, Hiburan dan Rekreasi dan Perkhidmatan Persendirian dan Lain-lain Aktiviti (+RM0.8 bilion; 4.3 peratus) dan segmen Profesional, Hartanah dan Pentadbiran dan Khidmat Sokongan (+RM0.8 bilion; 2.2 peratus),” jelas beliau.

Mohd. Uzir menambah, jumlah pekerja dalam sektor berkenaan seramai 4.4 juta orang, meningkat 79,400 orang atau 1.8 peratus tahun-ke-tahun.

Kenaikan disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Borong dan Runcit dengan peningkatan sebanyak 37,200 orang atau 1.9 peratus, diikuti subsektor Pengangkutan dan Penyimpanan (+15.0 ribu orang; 4.2 peratus). Bagi suku tahun-ke-suku tahun, jumlah pekerja bertumbuh 0.6 peratus, meningkat 24,400 orang.

“Gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.1 bilion atau 3.6 peratus tahun-ke-tahun. Kenaikan disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Borong dan Runcit dan Pengangkutan dan Penyimpanan yang masing-masing bertambah sebanyak RM0.4 bilion (+2.6 peratus) dan RM0.2 bilion (+5.8 peratus).

“Sementara itu, bagi perbandingan suku tahun-ke-suku tahun, gaji dan upah berkembang 0.9 peratus untuk mencatatkan RM31.8 bilion pada suku tahun ketiga 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×