CBP akan tutup langganan syer baharu, tambahan syer

CBP akan tutup langganan syer baharu, tambahan syer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan akan menutup sementara langganan syer baharu dan tambahan syer kepada orang ramai pada 31 Disember 2023.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh melanggan syer CBP di cawangan baharu yang bakal dibuka selepas tarikh berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, penutupan langganan syer tersebut berikutan CBP telah mencapai sasaran modal yang ditetapkan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan sehingga 2026.

Katanya, pada Januari lalu, CBP telah membuka langganan syer kepada orang ramai bermula 1 Januari 2023 di semua cawangan CBP di seluruh negara dengan kadar pertumbuhan modal syer telah berkembang lebih 25 peratus sejak awal tahun ini.

“Seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Pelan Strategik 2022-2026, ini merupakan satu daripada perancangan untuk CBP menambah kekuatan modal bagi menyokong pertumbuhan perniagaan yang dijangka berkembang sekitar 20 hingga 25 peratus setiap tahun.

“Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota dan orang ramai yang telah melanggan syer CBP dan terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada CBP,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa sama, beliau menyeru orang ramai yang belum melanggan syer CBP terus berbuat demikian sebelum syer itu ditutup pada 31 Disember ini.

Menurutnya, pembukaan semula syer ini terbuka kepada anggota baharu dan sedia ada dengan jumlah baki maksimum sehingga RM5 juta bagi individu dan bagi gerakan koperasi pula adalah sehingga 20 peratus dari baki semasa modal syer CBP

“Untuk rekod, CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM103.4 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 dengan agihan dividen sebanyak 6.3 peratus,” ujarnya

Orang ramai yang ingin melanggan saham CBP boleh mengunjungi 29 cawangan CBP di seluruh negara atau hubungi talian 1300887650 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN