PETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), pengeluar makanan di Malaysia melaporkan rekod keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM107.25 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023, meningkat sebanyak 85.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut kenyataannya, prestasi yang lebih baik didorong oleh pertumbuhan permintaan, peningkatan harga jualan dan penurunan kos pengeluaran. Bagi tempoh yang sama, hasil Syarikat meningkat 14.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2.25 bilion, tertinggi dalam sejarah operasi Kumpulan.…