JUMLAH aset bank Islam berkembang sebanyak 8.1 peratus kepada RM1.293 trilion iaitu 36.4 peratus daripada bahagian pasaran pada akhir Julai 2023, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024. Laporan itu berkata, perbankan Islam terus menyokong keperluan sosial dan ekonomi sejajar dengan prinsip kewangan berasaskan nilai menerusi penyelesaian patuh syariah yang pelbagai dan inovatif. Katanya, jumlah pembiayaan Islam terkumpul meningkat sebanyak 9.1 peratus kepada RM844.1 bilion pada akhir Julai dengan kadar pertumbuhan melebihi…









