Tambah baik tadbir urus fokus mesyuarat MPKK 2023 - Utusan Malaysia

Tambah baik tadbir urus fokus mesyuarat MPKK 2023

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (dua kiri) menyerahkan sijil Pelantikan Anggota Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Tahun 2023 kepada wakil Exco Kerajaan Negeri pada Mesyuarat MPKK di Hotel Royale Chulan di sini, hari ini. Turut sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Senator Saraswathy Kandasami (dua kanan). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) pada tahun ini memberi tumpuan kepada menambah baik tadbir urus serta menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Bendedick berkata, selain itu, beberapa dasar koperasi yang akan dilancarkan juga akan dikongsikan dengan ahli majlis pada mesyuarat itu.

“Kami juga telah menyampaikan pelantikan kepada ahli majlis yang terdiri daripada exco negeri yang bertanggungjawab ke atas pembangunan koperasi, mereka yang ada dalam sektor koperasi serta ahli akademik yang ada kepakaran dalam gerakan koperasi.

“Ini akan menjadi satu platform di mana ahli majlis boleh beri input kepada kerajaan melalui kementerian tentang bagaimana mahu memperkasakan lagi gerakan koperasi dalam negara,” katanya pada sidang akhbar sebelum mesyuarat MPKK 2023, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai isu, SME Corporation Malaysia (SME Corp) yang gagal gunakan baki geran RM16.73 juta bagi manfaat perusahaan kecil dan sederhana, Ewon berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam KUSKOP selepas laporan audit itu dibawa ke jemaah menteri.

Ujarnya, pihaknya akan memastikan semua teguran itu dapat ditangani terutamanya dalam Belanjawan 2024 yang akan datang.

“Semua yang diperuntukkan kepada kementerian dan agensi harus dibelanjakan seperti mana yang dimandatkan.

“Saya akan minta maklumat lanjut daripada SME Corp tentang apa tindakan yang diambil kerana SME Corp telah memberi maklum balas kepada ketua audit negara mengenai teguran itu. Jadi, mereka sedang menguruskannya sekarang,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati SME Corp tidak membelanjakan baki geran Program SME Investment Partner (SIP) berjumlah RM16.73 juta.

Perkara itu dikesan Jabatan Audit Negara yang melakukan pengauditan pematuhan terhadap perbelanjaan geran pembangunan Program SIP dan Program Going Export (GoEx) oleh SME Corp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya