Suasana Ainsdale utamakan kesejahteraan dan kemudahan

Suasana Ainsdale utamakan kesejahteraan dan kemudahan

KEDIAMAN Suasana Ainsdale berpagar untuk memastikan keselamatan penghuni sentiasa terjamin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERPUSAT di perbandaran Bandar Ainsdale yang tenang, Suasana Ainsdale merupakan satu lagi inisiatif Sime Darby Property untuk menawarkan pembeli aspek keseimbangan ideal antara ketenangan dan keselesaan.

Reka bentuk rumah Suasana Ainsdale tidak lekang oleh waktu dan susun atur terbukanya yang lapang dan mudah diubah suai membolehkan rumah itu memenuhi permintaan penggunanya di masa hadapan.

Pembangunan ini mengekalkan daya tarikan unik perbandaran dan menawarkan penduduk dengan persekitaran hidup yang sihat.

Sebanyak 36 daripada 50 unit Suasana Ainsdale telah ditempah sewaktu pelancaran rasminya, membuktikan keupayaan Sime Darby Property dalam memenuhi permintaan pasaran dengan pembangunan yang berkualiti dan teratur.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei berkata, Suasana Ainsdale telah direka bentuk untuk menyediakan akses mudah kepada kemudahan dan fasiliti bagi para penduduk.

“Sambutan yang memberangsangkan terhadap Suasana Ainsdale menunjukkan kepercayaan tidak berbelah bahagi oleh pembeli rumah kepada jenama Sime Darby Property.

“Kami komited untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan menawarkan rumah yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup di perbandaran-perbandaran terkemuka kami,” katanya dalam kenyataan.

Rumah Suasana Ainsdale dilengkapi empat bilik dan tiga bilik air, dengan kawasan binaan antara 1,756 kaki persegi hingga 2,002 kaki persegi, dan harga bermula daripada RM619,888.

Setiap rumah telah direka dengan teliti menampilkan gaya kontemporari yang kemas.

Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM30.2 juta, rumah teres dua tingkat pegangan bebas ini merupakan tambahan kepada perbandaran Bandar Ainsdale yang semakin berkembang di Negeri Sembilan.

Fasa 1 Suasana Ainsdale juga menyediakan taman hijau untuk menampung kemahuan para pelanggan yang ingin mengintegrasikan kesihatan dengan kehidupan seharian mereka, manakala Bandar Ainsdale Lake Park seluas 11 ekar juga sedia berhampiran.

Keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin kerana presint ini juga dilindungi oleh pagar perimeter dan rumah pengawal yang menjaga fasa sedia ada serta yang akan datang di Suasana Ainsdale.

Untuk kemudahan tambahan, penduduk mempunyai akses ke pusat beli-belah Seremban Gateaway dan pekan Seremban, yang terletak 5 kilometer sahaja, dan ke Kuala Lumpur melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya PLUS (melalui

Susur Keluar 217), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE).

Sime Darby Property memastikan kesemua pembangunannya dirancang dengan teliti untuk menawarkan bukan sahaja kediaman malah gaya hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×