TANJUNG MALIM: Dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV), Kementerian Kerja Raya telah meluluskan empat tapak di Lebuhraya Utara-Selatan sebagai lokasi stesen pengecas pantas EV modular mudah alih bagi tahun ini. Empat lokasi itu ialah Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara), Perak yang mula beroperasi semalam, manakala selebihnya akan berada di Hentian Sebelah Behrang (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara dan Selatan), Negeri Sembilan. Menteri Kerja Raya, Datuk…










