SDRAC-Hertz pergiat usaha mobiliti hijau

SDRAC-Hertz pergiat usaha mobiliti hijau

MAJLIS penyerahan kenderaan elektrik oleh Sime Darby Rent-A-Car kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) selaku pemegang lesen francais eksklusif bagi Hertz di Malaysia, menyerahkan empat kenderaan elektrik (EV) kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kegunaan rasminya.

Penyerahan itu susulan daripada perjanjian pajakan EV yang ditandatangani antara SDRAC-Hertz dan MBIP ketika pameran  Persidangan Produk Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM 2023), baru-baru ini.

Perjanjian pajakan dengan MBIP adalah satu daripada dua usaha mobiliti hijau oleh SDRAC-Hertz untuk mempertingkatkan penggunaan EV dalam perniagaan kereta sewa.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Rent-A-Car-Hertz Malaysia, Nahar Hakimy, kedua-dua kerjasama strategik itu  mencerminkan kesungguhan Syarikat terhadap penyelesaian pengangkutan lestari.

Kata beliau, ia juga melengkapi sasaran ESG oleh Kumpulan Sime Darby untuk memiliki lebih daripada 50 peratus produk cekap tenaga dalam portfolio menjelang 2025.

“Kami telah mengambil langkah ke arah mengurangkan jejak karbon melalui perluasan penggunaan kenderaan elektrik dalam penawaran perniagaan. Selain pilihan barisan kenderaan, kami juga sudah menyepadukan aspek pendigitalan dan kemapanan ke dalam operasi kami,” katanya dalam kenyataan.

Kenderaan terbabit diserahkan kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor. Pada majlis itu SDRAC_Hertz diwakili Nahar, manakala MBIP diwakili Datuk Bandar, Mohd. Hafizz Ahmad dan Ketua Bil, Datuk Abd. Rashid Kasman.

Sementara itu, Mohd. Haffiz berkata, pajakan empat EV dan kerjasama dengan SDRAC-Hertz hanyalah permulaan.

“Kami akan menambah jumlah EV sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon di Iskandar Puteri.

“Memupuk mobiliti hijau, merangkul kemapanan serta ke arah elektrikfikasi masa depan dengan kenderaan elektrik bukan sekadar pilihan, ia adalah kesunggguhan kami ke arah bandar dan negara yang lebih bersih, lebih hijau dan lestari. Ini juga selari dengan Pelan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan,” ujar beliau.

Menurut kenyataan, perjanjian antara SDRAC-Hertz dan MBIP menandakan perkembangan baharu bagi kedua-dua organisasi. Di bawah perjanjian bersejarah ini, Hertz, yang diseliakan oleh SDRAC, akan memajak empat kenderaan elektrik kepada MBIP bagi tempoh setahun bermula Oktober 2023.

Perjanjian itu menjadikan Hertz sebagai syarikat sewaan kereta pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pajakan EV kepada sebuah majlis bandaraya. MBIP pula menjadi majlis bandaraya pertama di negara ini untuk memanfaatkan pajakan EV untuk barisan kenderaan dalam operasinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN