KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk menyediakan panduan tadbir urus kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS). Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, syarikat sekutunya, Capital Markets Malaysia (CMM) juga akan mengeluarkan Panduan Ringkas Pendedahan ESG kepada PKS. Katanya, sokongan dan bimbingan untuk PKS adalah penting berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG). “Kami juga menyokong penerapan tadbir urus merentas rantaian…










