Sayangi Dunia Kita: Komitmen Zurich Malaysia untuk mengurangi risiko iklim

Sayangi Dunia Kita: Komitmen Zurich Malaysia untuk mengurangi risiko iklim

zurich
Bulan Iklim’ Zurich dianjurkan setiap September bagi memberikan kesedaran tentang perubahan iklim dan menyokong tindakan untuk menjadikan planet ini tempat yang lebih hijau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  ‘Bulan Iklim’  Zurich Malaysia (Zurich) telah menutup tirai dengan jayanya, sekali gus mengesahkan komitmen mereka terhadap pemuliharaan alam sekitar. ‘Bulan Iklim’ dianjurkan setiap September bagi memberikan kesedaran tentang perubahan iklim dan menyokong tindakan untuk menjadikan planet ini tempat yang lebih hijau.

Sebagai sebahagian kempen jenama Zurich ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’, tumpuan ‘Bulan Iklim’ tahun ini adalah untuk mendidik, menyokong komuniti, dan memulakan projek pemulihan. Aktiviti-aktiviti ini merupakan bukti kukuh kepada dedikasi Zurich yang tidak berbelah bahagi terhadap planet kita dan kesejahteraan komuniti tempatan.

Mengulas tentang kejayaan ‘Bulan Iklim’,Ketua Pemasaran Jenama dan Komunikasi Zurich Malaysia, Erin Hwang berkata, sebagai warga dunia setiap anggota masyarakat mempunyai peranan untuk menjaga planet ini dan penghuninya.

“Menerusi pelbagai penglibatan dan aktiviti kami, kami berazam untuk mencipta satu kesan gelombang impak positif. Misi kami adalah jelas – di Zurich Malaysia, kami sangat mengambil berat perkara yang benar-benar penting buat semua rakyat Malaysia,” katanya.

Antara siri kemuncak aktiviti program itu yang berteraskan alam sekitar adalah memperkenalkan kempen global “Rewild Your Life”. Berdasarkan matlamat jenama Zurich, “Cipta Masa Depan yang Lebih Cerah Bersama-sama”, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan bagaimana ia boleh menjadi cara yang berkesan dalam membantu alam semula jadi serta memulihara biodiversiti.

Video kempen itu diterbitkan oleh National Geographic Creative Works yang dilantik oleh Zurich Insurance Group. Ia memaparkan penerokaan bagaimana tindakan kecil pemuliharaan mampu membawa perubahan signifikan dan melihat pemuliharaan dari sudut “kesan rama-rama”, menunjukkan bagaimana penanaman bunga dandelion di taman akhirnya boleh membantu mencegah banjir.

Kempen ini menonjolkan kewujudan bersama yang harmoni antara alam semula jadi dan manusia, khususnya di negara-negara yang kaya dengan hidupan liar dan biodiversiti, namun berisiko menghadapi peristiwa berkaitan iklim, seperti Malaysia.

Dengan memberi tumpuan kepada membantu komuniti tempatan, Zurich turut bergabung tenaga dengan EPIC Homes untuk membina rumah-rumah yang berdaya tahan dari 8 hingga 10 September.

Kampung Orang Asli Serigala yang terletak di Ulu Bernam, Hulu Selangor menjadi tumpuan inisiatif ini. Penglibatan berterusan dengan EPIC Homes sejak tahun 2019 telah berjaya membina tiga rumah sehingga kini.

Zurich mengiktiraf keperluan untuk membuat perubahan segera dan komited untuk mengubah kehidupan serta membuat penambahbaikan yang berkekalan.

Pasukan berdedikasi yang terdiri daripada 35 kakitangan (atau ‘Zurichers’) telah berganding bahu dengan keluarga orang asli selama tiga hari untuk membina sebuah rumah baharu, sekali gus menggambarkan semangat solidariti.

Malah, projek kedua telah dirancang pada November 2023 untuk manfaat sebuah lagi keluarga di Kampung Orang Asli Songkok di Batang Kali, Selangor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN