Sarawak tidak berhasrat ambil alih MYAirline – Abang Johari

Sarawak tidak berhasrat ambil alih syarikat penerbangan MyAirline – Abang Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Spekulasi kemungkinan Sarawak akan mengambil alih syarikat penerbangan tambah murah MYAirline dinafikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tegas Abang Johari, Sarawak tidak berhasrat untuk mengambil alih syarikat penerbangan itu sebaliknya hanya memberikan fokus kepada rundingan bersama MASWing.

“Kita sekarang hanya fokus dengan MASwing dan berbincangan bersama mereka masih dalam fasa rundingan, tidak ada kaitan langsung dengan syarikat MYAirline,” tegasnya ketika ditemui media selepas hadir merasmikan bangunan kilang baharu Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd, di sini semalam.

Sementara itu, ditanya spekulasi mengatakan anak beliau telah menghadiri beberapa mesyuarat dan dialog bersama syarikat MYAirline baru-baru ini, dan berpotensi menjadi pelabur baharu, Abang Johari tegas menafikan spekulasi tersebut.

“Tidak, tidak… Apa yang berlaku ialah anak saya pergi ke sana dengan kawannya, dan sewaktu itu dia ada dialog syarikat dengan mereka, jadi terjadilah spekulasi ini.

“Jadi anak saya serba salah, apabila berjalan ke mana-mana pun diperhati orang,” jelas Abang Johari.

Anak beliau, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari dikatakan telah hadir di beberapa mesyuarat dengan syarikat MYAirline baru-baru ini sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Sarawak berkemungkinan mengambil alih syarikat tambang rendah tersebut selepas pengumuman penggantungan operasinya berkuat kuasa semalam.

MYAirline dalam kenyataannya berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN