Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada hari pertama dagangan minggu ini.

Memetik laporan Bernama, pasaran kewangan memerhati dengan teliti mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS dijadual pada 31 Oktober hingga 1 November dan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2 November.

Pada pukul 9.05 pagi tadi, ringgit meningkat kepada 4.7575/7625 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7800 penutup Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan konsensus dalam kalangan pakar, Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan kadar pada 5.50 peratus.

Kata beliau, jangkaan sebahagiannya dipengaruhi oleh data teras perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) terbaharu, yang menunjukkan penurunan tekanan inflasi kepada 3.7 peratus pada September.

“Konsensus pasaran juga menjangkakan BNM berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedah stabil pada 3.00 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1759/1795 daripada 3.1827/1862 pada penutup Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 5.0253/0306 daripada 5.0438/0491, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7618/76794 daripada 5.7945/8005.

Nota tempatan itu juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4729/4768 daripada 3.4867/4906 pada Jumaat, mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 298.4/298.9 daripada 299.5/300.0, dan lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.36/8.38 daripada 8.38/8.39.

Ringgit bagaimanapun ssut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.1849/2031 daripada 13.1808/2008 pada penutup Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×