Ringgit di bawah tekanan, cecah RM4.78 berbanding dolar

Ringgit di bawah tekanan, cecah RM4.8 berbanding dolar

RINGGIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit terus susut nilai bebanding dolar Amerika Syarikat dalam sesi dagangan awal pagi ini, didorong oleh tiada tanda penurunan dalam konflik di Asia Barat, menyebabkan mata wang tempatan itu berada di bawah tekanan, memetik laporan Bernama.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.7775/7830 berbanding dolar AS daripada penutupan 4.7680/7710, semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid memberitahu, pasaran mata wang akan terus menyaksikan landskap mata wang yang tidak menentu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, ringgit berkemungkinan kekal terkawal hari ini berikutan prestasi semalam.

“Kebimbangan terhadap konflik Hamas-Israel menjadi tumpuan utama, yang akan terus menjejaskan sentimen pasaran.

“Selain itu, hasil 10 tahun Perbendaharaan AS mencapai paras 5.0 peratus, menunjukkan bahawa pasaran bon menyaksikan premium inflasi yang dijangka memacu hasil jangka panjang lebih tinggi, manakala hasil jangka pendek seperti hasil tiga bulan jatuh kepada 5.47 peratus, membawa kepada keluk hasil yang lebih curam,” katanya, menurut laporan berkenaan.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah melebihi 4.9 peratus minggu ini, kali pertama sejak 2007, meningkatkan lagi nilai dolar.

Semalam, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dilaporkan berkata, bank pusat itu “mengambil pendekatan berhati-hati” mengenai keputusan dasar monetari berikutan hasil bon yang melambung tinggi telah membantu mengetatkan keadaan kewangan dengan ketara.

Hasil bon jangka panjang telah menjadi faktor pendorong penting dalam pengetatan ini, kata Powell dalam ucapan pada majlis makan tengah hari di Kelab Ekonomi New York.

Di dalam negara, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7927/7994 daripada 5.7712/7748, susut berbanding euro kepada 5.0522/0580 daripada 5.0274/0305 dan lebih rendah berbanding yen pada 3.1880/1919 daripada 3.1880/1919 daripada 3.1880/1919 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ia didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN lain berbanding penutupan semalam.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4781/4823 daripada 3.4702/4726, susut berbanding baht Thailand kepada 13.0955/1167 daripada 13.0716/0849, susut berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.34 berbanding 8.38/8.39 dan susut berbanding rupiah Indonesia daripada 301.4/301.8 kepada 302.0/302.5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN