Proton rancang kembang program tukar beli kereta 

Proton rancang kembang program tukar beli kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton bekerjasama dengan Carsome dalam acara Trade-in Trade-Up Saturday bagi merangsang tempatan kereta baharu.

Menurut Proton, acara itu yang berlangsung di 31 cawangan Proton yang menjalankan program kereta terpakai pada 14 Oktober lalu, menarik kehadiran 1,552 pengunjung.

Katanya, sebanyak 624 tempatan baharu dibuat dengan 320 pelanggan memilih untuk tukar-beli kenderaan mereka. Carsome turut menjalankan 489 pemeriksaan kenderaan, melebihi sasaran awal sebanyak 320 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, memandangkan volum jualan terus berkembang, Proton perlu mempertimbangkan cara untuk memudahkan pengambilan, pengedaran dan pelupusan kereta terpakai untuk menyokong tempahan baharu.

“Bahagian pengurusan kereta terpakai (UCM) kami telah dibentuk untuk mencapai matlamat ini dan dengan bekerjasama dengan EBC, kami dapat menawarkan proses yang lebih cekap dan telus yang memudahkan pelanggan untuk memiliki kereta baharu.

“Selain itu, kami juga menyasarkan jumlah jualan kereta ganti yang lebih tinggi, di mana pemilik Proton semasa, menukar kenderaan mereka untuk yang baharu.

“Penukaran dalam rangkaian dengan lebih banyak pilihan adalah penting bagi kami untuk mengekalkan pelanggan semasa kami setia kepada jenama dan salah satu caranya ialah menstabilkan nilai kereta terpakai bersama rakan kongsi kami,” katanya dalam kenyataan.

Proton berkata, bagi 2023, bahagian pengurusan kereta terpakai telah menerima lebih 4,500 unit di 32 cawangannya dan berada di landasan untuk mencipta rekod baharu menjelang akhir tahun ini.

“Menjelang tahun 2024 pula, terdapat rancangan untuk mengembangkan rangkaian kepada 60 cawangan dengan sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 6,000 unit dengan menjalankan lebih banyak acara tukar beli pada setiap suku tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, ketelusan dan menawarkan nilai yang wajar kepada pelanggan adalah salah satu perkara yang ditekankan oleh Carsome semasa acara tersebut.

“Dengan memanfaatkan data daripada jarak tempuh, rekod latar belakang dan pemeriksaan kenderaan fizikal, kami memberikan tawaran kompetitif untuk nilai pasaran sebenar. Kita dapat lihat minat yang tinggi di semua 32 lokasi semasa acara tersebut, dan Carsome berminat untuk terus memperkukuhkan kerjasama ini dengan Proton,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN