PETALING JAYA: Naza Corp Bhd. muncul sebagai antara pemegang saham utama dalam ECA Integrated Solution Bhd. selepas memperoleh 5.18 peratus kepentingan atau 30 juta saham dalam syarikat tersebut pada Jumaat lalu, berdasarkan pemfailannya di Bursa Malaysia pada Isnin. Konglomerat itu kini pemegang saham keempat terbesar bagi syarikat pembekal penyelesaian pembuatan automatik itu, susulan pengambilalihan tersebut. Pemegang saham terbesar Kumpulan itu ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasinya, Chua Lye Hock…










