PETALING JAYA: Inflasi Malaysia terus mereda kepada 1.9 peratus pada September 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.3 pada bulan sama tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, inflasi keseluruhan secara bulanan pada September 2023 meningkat 0.1 peratus disumbangkan oleh Minuman Alkohol dan Tembakau dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan, masing-masing mencatatkan kenaikan 0.4 peratus dan 0.2 peratus. Sementara itu, inflasi…











