PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan tahun ini, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Memetik laporan Bernama, Ketua Bahagian Kajian Serantau Asia Pasifik IMF, Shanaka (Jay) Peiris berkata, ini terutamanya didorong oleh permintaan eksport global yang lebih tinggi, khususnya daripada sektor teknologi. Ujarnya, Malaysia adalah ekonomi yang sangat terbuka, terutamanya dalam eksport produk elektrik dan elektronik (E&E). “Kami menjangkakan ekonomi global dan permintaan eksport akan pulih secara berperingkat, terutamanya untuk sektor teknologi yang juga akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya