TANJUNG MALIM: Syarikat milik Petronas, Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) meletakkan sasaran pemasangan 400 poin pengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun ini. Ketika ini, jumlah yang dipasang oleh syarikat itu adalah sebanyak 170 poin. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility Sdn. Bhd., Shah Yang Razalli, fokus syarikat kini adalah pemasangan stesen pengecas di lebuh raya kerana pengguna EV kini mahukan kemudahan bagi mereka…










