Canon melancarkan `Mega Productivity with Canon'

Canon melancarkan `Mega Productivity With Canon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Produk Sistem Pengguna Canon Marketing Malaysia (Canon) mengumumkan kejayaan penganjuran Mega Productivity With Canon, acara pelancaran pencetak inkjet terbaharunya.

Semasa acara itu, Canon telah memperkenalkan penambahan terbarunya ke dalam rangkaian mesin cetak siri G, siri TS, dan siri GX, bagi memenuhi keperluan pengguna biasa dan perniagaan.

“Model mesin cetak baharu itu untuk memberikan kepelbagaian penggunaan dan prestasi yang tiada tandingannya, bagi memenuhi keperluan khusus pengguna di pejabat dan rumah,” jelas syarikat pencetakan itu dalam kenyataan.

Selain itu, Canon turut memperkenalkan slogan penjenamaan baharu untuk siri PIXMA G dan GX, dikenali sebagai MegaTank.

Ketua Jabatan Produk Sistem Pengguna di Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, model mesin cetak baharu Canon serta slogan MegaTank baharu, membuktikan lonjakan komitmen Canon dalam menyediakan penyelesaian pencetakan serba guna bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

“Saya juga berharap acara kami hari ini dapat meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan mental yang selari dengan falsafah ‘Kyosei’ Canon yang menggalakkan kehidupan harmoni demi kebaikan bersama,” katanya.

Pelancaran produk itu diadakan bersempena acara yoga bagi meraikan Hari Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia di Utama Farm, ladang bandar lestari di Petaling Jaya.

Sama seperti pengguna mesin cetak baharu Canon dapat menikmati kejituan kualiti hasil cetakan, acara yoga yang diadakan turut memberikan ketenangan minda.

Bagi menjayakan acara ini, Canon telah bekerjasama dengan Thrive Well, rakan penyedia kesihatan mental bagi memantapkan lagi usaha untuk memupuk kesedaran kesihatan mental.

“Canon percaya bahawa kesihatan mental juga sepenting dengan kemajuan teknologi dan ia merupakan salah satu aspek utama dalam tanggungjawab social korporat syarikat itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN