PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan tekanan jualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dengan pelabur mungkin bersiap sedia menjelang pembentangan Belanjawan 2024 minggu depan, menurut peniaga. Memetik laporan Bernama, pada 9.05 pagi, FBM KLCI susut tiga mata kepada 1,417.01, daripada penutupan semalam pada 1,420.01. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 280 berbanding 57, manakala 209 kaunter tidak berubah, 1,748 tidak diniagakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya