Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi dagangan pagi ini berikutan sentimen kekal gelisah mengenai krisis hutang yang semakin meruncing oleh pemaju hartanah China, Evergrande.

Keadaan ditambah pula dengan pakej rangsangan kerajaan China yang tidak berkesan, kata peniaga lapor Bernama.

Menurut laporan berkenaan, pada 9.05 pagi tadi, FBM KLCI telah jatuh 0.30 mata kepada 1,423.87, daripada penutupan Jumaat lalu pada 1,424.17.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 155 berbanding 131, manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,744 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 169.92 juta unit bernilai RM72.89 juta.

Menurut laporan, Evergrande sedang berunding dengan pemiutang luar negara mengenai rancangan penstrukturan semula untuk menyelesaikan lebih AS$30 bilion (RM141.02 bilion) hutang mungkir dan tuntutan lain.

Laporan itu berkata, Evergrande ialah pemaju hartanah yang paling banyak berhutang di dunia, dan berada di tengah-tengah krisis pasaran hartanah yang mengheret pertumbuhan ekonomi China.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Thong Pak Leng berkata, aktiviti memburu untung dijangka muncul di pasaran hadapan tempatan, disokong oleh perkembangan positif di Amerika Syarikat (AS).

Semalam, Presiden AS Joe Biden menandatangani rang undang-undang `stopgap’ untuk mengelak penutupan yang diluluskan oleh Kongres sehingga 17 November ini.

“Oleh itu, kami menjangkakan KLCI akan bergerak lebih tinggi dalam julat 1,430 hingga 1,440 pada Isnin,” kata Thong.

Antara kaunter wajaran tinggi ialah Malayan Banking Bhd. (Maybank) pada RM8.80 dan CIMB Group Holdings Bhd. pada RM5.44 masing-masing meningkat satu sen. Public Bank Bhd. pula menambah dua sen kepada RM4.08, manakala Tenaga Nasional Bhd. susut lapan sen kepada RM9.91, dan Petronas Chemicals Group Bhd. turun dua sen kepada RM7.17. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN