PETALING JAYA: Belanjawan 2024 akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI dan mengukuhkan lagi pasaran modal yang memainkan peranan penting dalam merangsang ekonomi melalui pembentukan dan mobilisasi modal yang cekap. Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, inisiatif diperkenalkan menunjukkan komitmen kerajaan untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab di Malaysia. “Kami juga terangsang oleh langkah-langkah untuk…










