UEM terima penarafan AA1(s)/Stabil dan AA1/Stabil 

UEM terima penarafan AA1(s)/Stabil dan AA1/Stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Group Berhad (UEM Group) menerima penarafan AA1(s)/Stabil dan AA1/Stabil masing-masing bagi program Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) yang diterbitkannya daripada RAM Ratings (RAM).

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, penarafan tersebut diterima melalui program sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) bernilai RM7 bilion yang akan diterbitkan oleh Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik UEM Group, iaitu UEM Olive Capital Berhad.

Turut menerima penarafan adalah program IMTN bernilai RM2.2 bilion (2012/2042) terbitan sebuah lagi SPV milik UEM Group, iaitu United Growth Berhad yang dinaiktaraf daripada penarafan AA2/Stabil sebelum ini.

Dalam laporan yang dikeluarkan, RAM memaklumkan bahawa peranan UEM Group selaku entiti berkaitan kerajaan kini dilihat amat penting kepada syarikat induknya, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Menurut RAM, kumpulan berkenaan dilihat lebih berperanan dalam membantu usaha kerajaan untuk beralih kepada ekonomi hijau bernilai tinggi seperti yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

Sementara itu, Pengarah Urusan UEM Group, Datuk Mohd. Izani Ghani dalam kenyataan sama menyambut baik penilaian RAM, yang merupakan cerminan positif kepada trajektori strategik syarikat, termasuklah penglibatan UEM Group dalam industri hijau.

Ujar beliau ia merupakan manifestasi kepada penjajaran komprehensif di antara UEM Group dan syarikat induknya, Khazanah dalam memacu inisiatif bertumpukan masa hadapan untuk membangunkan keupayaan tenaga boleh baharu tempatan di Malaysia.

“Ia juga akan mempercepatkan peralihan tenaga negara ke arah mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih menjelang 2050,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN