KUALA LUMPUR: Global Organization of People of Indian Origin Malaysia (GOPIO Malaysia) mengunjurkan menjana transaksi perniagaan sehingga AS$200 juta (RM937.8 juta) pada Ekspo dan Sidang Kemuncak GOPIO Antarabangsa 2023 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Disember ini. Presiden GOPIO Malaysia, S. Gunasekaran berkata, acara yang dianjurkan bersama GOPIO International akan diadakan di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur. Katanya, sebanyak enam perjanjian persefahaman (MoU) disahkan akan ditandatangani pada acara tersebut…










