Sektor runcit dijangka kekalkan pertumbuhan

Sektor runcit dijangka kekalkan pertumbuhan

PERDAGANGAN borong dan runcit Malaysia mencapai nilai jualan sebanyak RM149.0 bilion pada Julai 2024.– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor perun­citan domestik dijangka men­gekalkan trajektori pertumbuhannya sepanjang tahun ini, menurut MIDF Research.

MIDF Research berkata, pertumbuhan itu akan disokong oleh permintaan yang mampan untuk barangan keperluan, kebangkitan semula penggunaan di luar rumah, dan peningkatan dalam ketibaan pelancong.

“Ini dijangka merangkumi kedai bukan pengkhususan, serta segmen makanan dan minuman (F&B) dan tembakau di kedai khusus,” katanya dalam nota kajian.

Pada masa yang sama, firma penyelidikan itu juga optimis mengenai prospek sektor pengguna, disokong oleh permainan defensif berikutan permintaan yang berdaya tahan terhadap produk berkaitan ruji, penggunaan domestik yang kukuh disokong oleh pasaran buruh yang stabil, perdagangan runcit yang teguh dan aktiviti pelancongan yang meningkat.

MIDF Research juga menjangka pengeluar F&B melihat margin keuntungan yang lebih baik, didorong oleh penurunan harga komoditi global dan kenaikan harga sebelumnya, mengimbangi tekanan kos lain.

“Selain itu, harga niaga hadapan kacang soya dan jagung yang normal memberi petanda kos bahan mentah yang lebih rendah untuk pemain ayam itik, seterusnya menyokong margin keuntungan mereka,” katanya.

Pilihan utama MIDF Research adalah syarikat berkaitan ruji pengguna yang mempamerkan permintaan berdaya tahan, seperti QL Resources, disokong oleh permintaan yang konsisten untuk produk marin dan ternakan.

“Kami juga ‘menyebelahi’ F&N kerana syarikat berkemungkinan mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan untuk minuman sedia diminum, yang didorong oleh peningkatan trafik pelancong,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN