Proton tandangan MOA baharu dengan Smart

Proton tandangan MOA baharu dengan Smart

MAJLIS pertukaran dokumen kerjasama antara Proton dan Smart.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan smart Automobile di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023, pameran perdagangan tahunan yang bertujuan memudahkan kerjasama ekonomi antara China dan ASEAN.

Perjanjian itu dimeterai tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen yang serupa pada 2022 yang membawa kepada pelantikan Proton sebagai pengedar rasmi untuk kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

MoA ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdulah dan Naib Presiden Jualan Global, Pemasaran dan Selepas Jualan, Smart Automobile, Mandy Zhang.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Li Chunrong; Presiden Global Smart Automobile, Tong Xiangbei; Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang dan Encik Pengarah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Unny Shankar, sebagai wakil kementerian.

MoA pertama ditandatangani adalah untuk meneroka potensi Proton untuk menjual penawaran EV smart di ASEAN, manakala dokumen baharu pula adalah untuk kedua-dua pihak mengkaji kemungkinan untuk
memasang kenderaan smart secara tempatan di kilang Proton di Tanjung Malim.

Chunrong berkata, MoA baharu antara Proton dan Smart Automobile membawa kerjasama ke tahap baharu kerana kini Proton dan Smart Automobile dalam perbincangan mengenai memasang model smart di Malaysia.

“Sebagai pengeluar automotif, Proton sentiasa berhasrat untuk meningkatkan penglibatan kami dengan smart, iaitu bukan sekadar pengedar untuk rantau ASEAN sahaja, kerana terdapat banyak kecekapan untuk dimanfaatkan kerana kedua-dua syarikat adalah ahli Kumpulan Geely,” kata dalam kenyataan.

Tambah beliau, Proton komited untuk memperkenalkan lebih banyak Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pada masa hadapan.

“Selepas pelancaran Proton X90, NEV pertama kami, kami teruja dengan peluang untuk mengetahui lebih lanjut
tentang EV daripada kerjasama kami dengan smart.

“Melangkah ke hadapan, semua aktiviti pengeluaran kami akan tertumpu di Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, yang juga akan membantu dalam matlamat kami untuk menjadikan Malaysia hab EV serantau,” katanya.

Berikutan pemeteraian MoA pada 2022, PROTON telah mengorak langkah besar dalam usahanya untuk
mewakili smart di rantau ini.

Perjanjian Pengedaran Am (GDA) telah ditandatangani pada bulan Ogos tahun lalu, diikuti pembentukan PRO-NET, anak syarikat Proton untuk mewakili kepentingan syarikat dalam ruang kenderaan elektrik (EV). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN