PETALING JAYA: RAM Ratings telah mengekalkan penarafan kredit korporat AA3 Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) dan penarafan jangka pendek P1 dengan prospek yang stabil. Penarafan turut merangkumi Program Kertas Komersial Konvensional dan Islam/Nota Jangka Sederhana RM2.0 bilion MDV yang diterbitkan pada 2022. Penarafan itu bukan sahaja memperlihatkan asas MDV yang kukuh dengan didokong oleh sokongan kukuh Kerajaan, tetapi juga peranan strategiknya sebagai pembiaya teknologi utama Malaysia, jelas MDV dalam kenyataan.…

 
								 
											









