NETR: Dana asas beri manfaat syarikat swasta kecil - Utusan Malaysia

NETR: Dana asas beri manfaat syarikat swasta kecil

kdnk
Negara berkembang maju berikutan peningkatan produktiviti dalam empat sektor penting ekonomi, iaitu minyak sawit, pembuatan, perkhidmatan, serta minyak dan gas (O&G).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat swasta kecil bakal menerima manfaat untuk sama-sama beralih kepada tenaga boleh diperbaharui (TBB) menerusi peruntukan dana asas sebanyak RM2 bilion bagi menggerakkan Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, syarikat-syarikat swasta yang lebih kecil mungkin berdepan kesukaran untuk beralih kerana memerlukan modal.

Katanya, dana peruntukkan tersebut secara tidak langsung dapat mempercepatkan lagi proses peralihan dari sebagai contoh arang batu atau gas asli kepada tenaga elektrik.

“Peralihan ini bukan sahaja dari bentuk teknologi sahaja tetapi juga memerlukan modal. Usaha kerajaan ini adalah baik dalam usaha mengurangkan jejak karbon negara.

“Selain itu, ia juga dapat memberi manfaat kepada syarikat swasta yang lebih kecil untuk bersama-sama dengan peralihan ini dengan menerima projek-projek berkaitan TBB daripada kerajaan yang diperuntukkan dalam dana tersebut,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata, peralihan kepada TBB perlu dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek dan kesannya kepada persekitaran secara menyeluruh.

“Untuk guna kenderaan elektrik (EV), perlu ada bateri. Bagi mendapatkan bahan mentah untuk menghasilkan produk akhir itu, proses untuk mendapatkan bahan tersebut perlulah dilihat dengan sebaiknya.

“Adakah proses itu juga akan melibatkan penggunaan bahan bakar atau menyumbang kepada pencemaran. Dalam proses ini, banyak benda yang kita perlu ambil tahu,” ujarnya.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 bilion oleh kerajaan menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sebagai dana asas bagi menggerakkan Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional.

Perkara ini bagi memberikan kemudahan yang membolehkan gabungan kewangan sebagai satu pemangkin untuk menggerakkan sumber tenaga negara.

Dana itu juga bagi memastikan kelancaran sumber kewangan menerusi projek peralihan tenaga yang mempunyai masalah pinjaman atau potensi pulangan di bawah pasaran.

Ia turut dijangka memberi manfaat meluas termasuk memacu 10 hingga 15 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selain mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan menjelang 2050. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN