Industri automotif Malaysia catat rekod baharu

Industri automotif Malaysia catat rekod baharu

PROTON X50 model terlaris Proton di Brunei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mencatat rekod volum baharu pada tahun lalu, industri automotif Malaysia mencatatkan satu lagi rekod baharu bagi 2023, akibat Proton dan jenama lain terus bersaing untuk mendapatkan jualan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

Beliau berkata, keyakinan dan pandangan positif pembeli dicerminkan melalui bilangan produk baharu yang diperkenalkan, dan banyak lagi model bakal dilancarkan sebelum penghujung Disember.

“Kami menjangkakan keadaan pasaran akan kekal dengan daya saingan tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Jualan Proton melepasi 100,000 unit untuk tahun kelima berturut-turut dengan jumlah jualan bagi lapan bulan pertama tahun ini berjumlah 104,602 unit.

Jumlah itu penambahan sebanyak 17.121 unit, kenaikan 19.6 peratus berbanding jumlah dicatatkan bagi tempoh sama pada 2022.

Dengan jumlah volum industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 74,200 unit, pegangan pasaran Proton diramalkan pada 18.8 peratus untuk Ogos 2023, dengan angka pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD) sebanyak 20.8 peratus.

Roslan berkata, bagi Proton, pertumbuhan jualan boleh dikaitkan kepada usaha syarikat menumpukan perhatian untuk menyampaikan produk berkualiti tinggi serta pengalaman premium yang diberikan oleh 154 pengedar 3S/4S
dalam rangkaian kami memberi kesan positif kepada pelanggan.

“Memandang ke hadapan, usaha ke arah produk dan perkhidmatan yang lebih baik ini akan diteruskan dan dirangsang oleh pengumuman baru-baru ini iaitu Proton Test Labs menerima akreditasi ISO 17025 serta kemasukan syarikat ke dalam ruang EV dengan smart Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN