PETALING JAYA: Gentari secara rasmi menjenamakan semula penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui (RE) terkemuka WIRSOL Energy, selepas pemerolehan penuh syarikat itu selesai pada Februari 2023. Dengan penjenamaan semula itu, WIRSOL Energy kini dikenali sebagai Gentari Solar Australia. Perkembangan itu mengukuhkan kedudukan Gentari sebagai pemaju terkemuka solar bersepadu dan sistem storan tenaga bateri (BESS) serta pengurusan aset dalam pasaran RE Australia. Gentari Solar Australia kini mempunyai 422 MW dalam kapasiti terpasang…

 
								 
											









