ENGIE, Gamuda Land meterai MoU

ENGIE, Gamuda Land meterai MoU percepat pembangunan perbandaran mampan

MAJLIS pertukaran dokumen kerjasama antara Gamuda Land dan ENGIE Services Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ENGIE Services Malaysia, penyedia tenaga dan perkhidmatan rendah karbon dan Gamuda Land Sdn. Bhd. (Gamuda Land) memeterai perjanjian persefaham (MoU) untuk mempercepatkan pembangunan perbandaran mampan di Malaysia.

Di bawah perkongsian strategik itu, ENGIE Services Malaysia dan Gamuda Land akan bekerjasama dalam penerokaan dan pelaksanaan teknologi solar, kecekapan tenaga dan penyelesaian pengangkutan mampan di perbandaran pemaju hartanah tersebut.

Ia termasuk pembangunan pemasangan solar atas bumbung dan infrastruktur pengangkutan hijau untuk perbandaran Gamuda Cove di Kuala Langat, Gamuda Gardens di Rawang dan twentyfive7 di Kota Kemuning menjelang 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Energy Solutions APAC dan Ketua Asia Tenggara ENGIE South East Asia, Thomas Baudlot berkata, pihaknya teruja  bekerjasama dengan Gamuda Land untuk memajukan pembangunan perbandaran mampan di Malaysia.

“Perkongsian ini adalah bukti bagaimana kerjasama antara rakan kongsi yang betul boleh membantu memperkemas, mempercepat dan memperkukuh apa yang mungkin dalam bidang pembangunan mampan.

“Kami berharap dapat membantu Gamuda Land merealisasikan sasaran kemampanan Pelan Hijau Gamuda mereka dan membina masa depan yang lebih baik bersama,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, Syarikat mereka bentuk dan merancang perbandaran dengan sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pengurangan keseluruhan dalam pelepasan karbon berbanding dengan reka bentuk perniagaan biasa.

“Oleh itu, Gamuda Land sentiasa mencari idea dan kaedah inovatif yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemampanan perbandaran kita.

“Perkongsian dengan ENGIE ini akan menjadi batu loncatan untuk kami mengejar skop yang lebih luas bagi peluang cekap tenaga yang boleh melengkapkan usaha pengurangan karbon kami,” ujarnya.

Perkongsian itu sejajar dengan Pelan Hijau Gamuda yang dibangunkan atas rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menyasarkan syarikat untuk mengurangkan pelepasan karbonnya sebanyak 30 peratus menjelang 2025 dan sebanyak 45 peratus menjelang 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN