PETALING JAYA: ENGIE Services Malaysia, penyedia tenaga dan perkhidmatan rendah karbon dan Gamuda Land Sdn. Bhd. (Gamuda Land) memeterai perjanjian persefaham (MoU) untuk mempercepatkan pembangunan perbandaran mampan di Malaysia. Di bawah perkongsian strategik itu, ENGIE Services Malaysia dan Gamuda Land akan bekerjasama dalam penerokaan dan pelaksanaan teknologi solar, kecekapan tenaga dan penyelesaian pengangkutan mampan di perbandaran pemaju hartanah tersebut. Ia termasuk pembangunan pemasangan solar atas bumbung dan infrastruktur pengangkutan hijau…










