PETALING JAYA: Dropee dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pembiayaan sebanyak RM300 juta untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pelancaran program kerjasama mereka, Digital Niaga. Program tersebut adalah inisiatif komprehensif baharu untuk menangani jurang rantaian bekalan dan mempercepatkan kelulusan pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Pakar e-dagang perniagaan ke perniagaan tempatan itu dan BSN dalam kenyataan bersamanya berkata, program baharu ini diwujudkan untuk membantu PMKS berkembang…










