KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan dana belum diaudit berjumlah RM184.5 bilion setakat Julai 2023. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, komposisi peratusan pelaburan dana pencen itu buat masa ini adalah 80 peratus bagi pelaburan domestik manakala bakinya, 20 peratus pelaburan antarabangsa. Menurut beliau, portfolio KWAP melibatkan pelaburan daripada pendapatan sebanyak 40 peratus, ekuiti awam (40 peratus), ekuiti swasta (10 peratus) dan hartanah (10 peratus).…










