Battersea Power Station tampil gelanggang ais tepi sungai

Battersea Power Station tampil gelanggang ais tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Battersea Power Station dan IMG mengumumkan kembalinya Jo Malone London, mempersembahkan Glide di Battersea Power Station, satu-satunya gelanggang ais tepi sungai di London untuk tahun kedua bermula 10 November ini.

Menurut kenyataan syarikat itu, acara gelenggang ais terbuka selama lebih lapan minggu sehingga 7 Januari 2024 itu membolehkan pelawat meluncur berlatar belakangkan Grade II yang ikonik bagi Battersea Power Station.

Katanya, Glide di  Battersea Power Station dibawakan oleh pasukan IMG entiti di belakang Natural History Museum Ice Rink  yang terkenal dan lif kaca Lift 109 di Battersea Power Station.

“Jo Malone London mempersembahkan Glide di Battersea Power Station menampilkan bukan sahaja satu, tetapi tiga gelanggang ais yang saling bersambung. Bentuk unik itu memberikan peluncur ais ruang dan masa yang mencukupi untuk mempamerkan kemahiran mereka.

“Di tengah-tengah gelanggang ais pula berdiri pokok Krismas setinggi 30 kaki yang dihias Jo Malone London, menambahkan sentuhan pesona perayaan dengan produk dan gaya mewah mereka yang terkenal,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, harga tiket bermula daripada £8.50 (RM49.9) untuk kanak-kanak dan £12.50 (RM73.42) untuk dewasa, manakala £36.00 (RM211.43) untuk keluarga.

Jelasnya, tiket boleh ditempah bermula dari 7 September di www.glidebatterseapowerstation.co.uk.

Dimiliki oleh konsortium syarikat Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Battersea Power Station ialah kawasan kejiranan baharu di tepi sungai seluas 16.99 hektar di tengah kota London. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN