PETALING JAYA: Anak syarikat Sunway Berhad, Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) memperoleh projek pembangunan perumahan daripada Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura bernilai RM1.2 bilion (S$348.5 juta). Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, SDPL dan Hoi Hup Realty Pte Ltd, secara bersama telah menyerahkan tender pembangunan kondominium eksekutif (EC) di Tengah Plantation Close secara pajakan untuk tempoh selama 99 tahun. Katanya, Hoi Hup dan SDPL akan membentuk syarikat kerjasama…










