PETALING JAYA: Maxis mencatatkan prestasi kewangan yang sihat untuk suku kedua (S2) berakhir 30 Jun 2023 dengan keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun kepada RM329 juta. Syarikat telekomunikasi itu merekodkan hasil perkhidmatan berjumlah RM2.1 bilion, meningkat 3.2 peratus tahun ke tahun, didorong oleh pertumbuhan sihat daripada perniagaan pengguna dan perusahaan. Bagaimanapun keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) Kumpulan turun sedikit 1.0 peratus kepada…










