PETALING JAYA: UEM Group Berhad (UEM Group), anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menyokong sepenuhnya agenda tenaga boleh baharu Malaysia dan menyambut baik strategi dan inisiatif yang terkandung di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Urusan UEM Group, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, di bawah NETR, kerajaan telah membentangkan kerangka strategi dan inisiatif yang jelas, bukan sahaja…