UEM Edgenta rekod prestasi kukuh separuh pertama 2023

UEM Edgenta rekod prestasi kukuh separuh pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) mengumumkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM23.4 juta dalam enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (1H TK2023) dengan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM1.35 bilion daripada RM1.17 bilion tempoh sama TK2022.

Dalam hasil kewangan yang belum diaudit pada 1H TK2023, keuntungan bersih Syarikat meningkat sebanyak 15.7 peratus kepada RM12.5 juta daripada RM10.8 juta dalam tempoh suku kedua TK2023, manakala pendapatan meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM719.3 juta daripada RM627.7 juta.

“Peningkatan dua digit dalam pendapatan pada separuh pertama TK2023 terhasil daripada.jumlah kerja-kerja turapan jalan raya yang tinggi di lebuh raya utama serta kemenangan kontrak baharu yang diterima dalam bahagian Pengurusan Aset.

“Hasil peningkatan dalam bahagian Healthcare Support Syarikat juga didorong oleh kadar pembaharuan kontrak yang kukuh sebanyak 90 peratus serta kepelbagaian sektor baharu seperti bahagian hospitaliti di Singapura dan Taiwan.

“Setakat 30 Jun 2023, kedudukan kewangan UEM Edgenta kekal baik dengan mengekalkan nisbah gearan yang rendah sebanyak 0.3 kali dengan wang tunai dan baki bank sebanyak RM607.0 juta,” katanya dalam kenyataan.

Menurut UEM Edgenta, kontrak-kontrak baharu yang diperoleh pada separuh pertama TK2023 berjumlah RM922 juta, mencapai 70 peratus daripada jumlah kontrak baharu pada TK2022. Sebanyak 62 peratus daripada perolehan kontrak baharu itu berpunca daripada peningkatan dalam perniagaan penyelesaian teknologi.

Sehingga 30 Jun 2023, buku tempahan (order book) Syarikat kekal positif, dengan jumlah RM9.6 bilion, jelasnya.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, berkata, dipacu oleh visi Edgenta of the Future 2025 (“EoTF 2025”), Syarikat terus menunjukkan kemajuan kukuh dalam menyampaikan penyelesaian berasaskan teknologi dan kemampanan yang memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

“Sekaligus membolehkan perniagaan kami tampil berbeza dan berkembang dalam pasaran yang sedang membangun pesat. Usaha ini telah dizahirkan dengan satu keputusan yang baik dari segi perolehan kontrak baharu dan prestasi kewangan yang kukuh pada separuh tahun pertama 2023,” katanya.

Tambah beliau, keputusan kewangan itu mencerminkan perjalanan UEM Edgenta ke arah menjadi Syarikat peneraju terkemuka pengurusan aset di peringkat global yang dipacu oleh teknologi pemilikan serta keupayaan mampannya.

Dalam langkah mempertingkatkan pilihan-pilihan produk dan perkhidmatan syarikat turut serta di pasaran tempatan dan antarabangsa, UEM Edgenta katanya, akan terus bekerjasama dengan syarikat terkemuka di peringkat global untuk membawa penyelesaian kepada pasaran yang memberikan hasil yang unggul dalam pengurusan aset pemegang kepentingan.

“Dalam usaha kami mengembangkan perniagaan kami di peringkat global, kami akan terus mengoptimumkan model penyampaian kami dan meningkatkan kecekapan operasi kami melalui sinergi kos, pendigitalan dan inovasi sekaligus menginstitusikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) dalam budaya kerja dan pelaksanaan perkhidmatan kami,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN