PETALING JAYA: Mekar Angkut Sdn. Bhd., berpangkalan di Kota Bahru, telah menerima 15 unit penggerak utama MAN TGS berkuasa Euro V baharu untuk mengembangkan perniagaan pengangkutannya.
Trak MAN syarikat itu terdiri daripada 10 unit varian MAN TGS 4×2 digunakan sebagai pembawa kereta dan lima unit varian 6×2 digunakan sebagai trak tangki untuk mengangkut minyak sawit.
Majlis penyerahan ringkas trak itu telah diadakan di ibu pejabat bersepadu baharu MAN Malaysia di Shah Alam.
Pada majlis itu, Pengerusi Eksekutif Mekar Angkut, Che Ibrahim Che Ismail menjelaskan, sami mempunyai pengalaman yang baik dengan prestasi dan kebolehpercayaan Bas MAN dalam perniagaan bas ekspresnya, Ekspres Mutiara.
“Pada mulanya, terdapat sedikit keraguan mengenai sokongan lepas jualan kerana kami berpangkalan di Kota Bahru. Bagaimanapun, selepas melihat sendiri persediaan dan pelaburan semasa syarikat MAN Malaysia di Shah Alam dan menerima komitmen kukuh daripada pengurusannya, saya yakin bahawa kami telah membuat pilihan yang tepat,” kata beliau.
Trak MAN dengan enjin Euro V sebagai standard mendahului dalam orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan paling penting, kemampanan. – UTUSAN










