PETALING JAYA: TH Plantations Berhad (THP) meraih keuntungan bersih sebanyak RM18.8 juta untuk separuh pertama tahun kewangan 2023, susut daripada RM36.5 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu. Kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM318.9 juta pada tempoh dilapor, penurunan sebanyak 28.9 peratus berbanding tempoh sama 2022. Pendapatan lebih rendah disebabkan purata harga realisasi yang lebih rendah bagi Minyak Sawit Mentah (MSM) dan Isirong Sawit (PK), masing-masing jatuh 30.1 peratus dan…










