SHAH ALAM: Pengendali restoran Westside Coffee, SACC Food Chain Sdn. Bhd. (SFC) merancang membuka 14 cawangan baharu restoran itu di sekitar Lembah Klang menjelang 2027, membabitkan pelaburan kira-kira RM4 juta. Pengurus Operasinya, Philip Ko berkata, rancangan itu dipacu oleh permintaan yang kukuh dalam industri makanan tempatan, dan pembukaan dibuat secara berperingkat dengan cawangan kedua di Seksyen 14 di sini, menjelang akhir tahun ini. Beliau berkata, pembukaan setiap cawangan dijangka menelan…










