SC cela juruaudit langgar piawaian pengauditan

SC cela juruaudit langgar piawaian pengauditan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Yean Wai Nye, rakan kongsi T. H. Kuan & Co.

SC dalam kenyataan berkata, sebagai rakan kongsi tugasan yang bertanggungjawab ke atas audit entiti berkepentingan awam (PIE), Wai Nye telah gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa (ISA) yang berkaitan, khususnya mengenai penilaian muhibah.

“Yean gagal mencabar andaian utama yang digunakan untuk unjuran kewangan dan menilai kesesuaian kerja pakar sebagai bukti audit dalam mengaudit penilaian rosot nilai muhibah oleh pengurusan.

“AOB menekankan bahawa penilaian rosot nilai muhibah adalah penting memandangkan ketidaktentuan ekonomi dan persekitaran perniagaan yang berkemban dan kerana itu ia memerlukan tindakan dan pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya lagi, pematuhan piawaian pengauditan semasa mengaudit penyata kewangan PIE adalah syarat pendaftaran untuk pendaftar AOB.

“Oleh itu, AOB tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap juruaudit atas ketidakpatuhan piawaian pengauditan dan syarat pendaftaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN