PETALING JAYA: Samaiden Group Berhad (Samaiden), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) sistem fotovoltaik solar (“PV”) dan loji janakuasa hari ini mencatatkan pendapatan yang luar biasa sebanyak RM170.80 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (“TK2023”), berbanding RM150.72 juta pada tahun kewangan sebelumnya, mewakili peningkatan sebanyak 13.32%. Menandakan satu lagi kejayaan, Lembaga Samaiden mengisytiharkan dividen dikecualikan cukai interim pertamanya sebanyak…










