S P Setia anjur Setia4Malaysia Unity Run 2023 - Utusan Malaysia

S P Setia anjur Setia4Malaysia Unity Run 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: S P Setia menganjurkan Setia4Malaysia Unity Run 2023 yang bakal menghimpunkan individu daripada semua lapisan masyarakat untuk meraikan perpaduan dan memupuk semangat kebersamaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan negara.

Setia4Malaysia Unity Run bukan sekadar perlumbaan, malah dijadikan platform untuk rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa, agama, atau kepercayaan, dan menghayati nilai-nilai yang menjadikan kita sebuah negara yang pelbagai dan cergas.

S P Setia dalam kenyataan berkata, pihaknya menjangkakan perhimpunan lebih 3,000 peserta dan keluarga mereka, bersedia untuk merangkul kegembiraan berlari dan mencipta kenangan yang berkekalan.

“Larian pada tahun ini akan diadakan di Setia Alam Impian, Shah Alam. Selain daripada larian, terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak, hiburan keluarga, food truck dan banyak lagi pada pagi Ahad itu.

“Peserta boleh memilih antara Fun Run sejauh 5 kilometer (km) yang sesuai untuk keluarga atau larian separa maraton 21.1km yang mencabar untuk pelari yang berdedikasi.

“Setiap langkah yang diambil semasa larian melambangkan komitmen kita terhadap perpaduan dan kemajuan yang kita capai apabila kita bekerjasama,” katanya.

Sebanyak 200 pendaftaran pertama akan menikmati harga super early bird sebanyak RM44.50 bagi setiap tiket Fun Run 5km, manakala peserta separuh maraton akan menikmati harga tiket RM84.50.

Pendaftar 500 terawal seterusnya boleh membeli tiket masing-masing pada harga RM70 dan RM110.

Tiket biasa masing-masing berharga RM104.50 dan RM130 sehingga habis dijual.

Peserta yang berjaya menamatkan larian juga akan menerima jersi penyudah eksklusif.

Daftar untuk menyertai ‘#Setia4Malaysia Unity Run 2023’ melalui https://www.jomrun.com/event/Setia4Malaysia-Unity-Run-2023, atau aplikasi JomRun yang boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store, sehingga 18 Ogos 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN